PELAKON Rita Rudaini tidak dapat menahan sebak apabila akhirnya berjaya menunaikan janji untuk membawa dua anaknya menikmati pengalaman lawatan ke Stadium Emirates, London.
Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, berkata momen tersebut cukup bermakna buat dirinya dan berharap Airit Rayyan Rizqin, 17, dan Airit Qaqa Arjuna, 15, menjadi anak yang baik.
“Akhirnya mommy (panggilan Rita) dapat tunaikan janji pada anak-anak untuk stadium tour. Dah lama mereka teringin.

Anak-anak Rita teruja dapat menikmati momen di Stadium Emirates.





