PENYANYI Hafiz Suip mengakui bimbang dengan keadaan suaranya yang mula menunjukkan tanda-tanda keletihan selepas terlalu banyak menerima undangan persembahan sejak kebelakangan ini.
Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, berkata situasi itu berlaku kerana dia terlalu kerap menggunakan suara terutama selepas pulang daripada membuat persembahan di Jakarta, Indonesia dan Bintulu, Sarawak pada Ogos lalu.
"Saya rasa saya sudah terlebih menggunakan suara. Sepanjang bulan lalu saya terlibat dengan persembahan di Jakarta dan Bintulu.

Hafiz risau pita suaranya koyak jika tidak dijaga dengan baik.






