PELAKON Riena Diana memuji sikap rakan artis, Izzue Islam, yang mengambil pendekatan tidak bersentuhan dengan mana-mana wanita ketika penggambaran drama.
Berkongsi pengalaman sendiri, Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 29, aktor berkenaan juga tahu mengatur posisi gerak badan atau menggunakan teknik kamera jika memerlukan babak bersentuhan.
“Dah beberapa kali berlakon dengan Izzue, sememangnya tidak pernah sentuh saya dan hanya main angle kamera sahaja,” katanya.

izzue tahu menggunakan teknik kamera apabila melibatkan babak bersentuhan.





