AKTOR Keith Foo membuat kejutan dengan memberi hadiah sebuah telefon iPhone 16 Pro Max kepada kekasihnya yang juga pelakon Riena Diana.
Keith atau Foo Chuan Chin, 41, berkata, hadiah tersebut adalah bersempena dengan kejayaan Riena terpilih sebagai hos Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH-36 (ABPBH36) yang bakal bersiaran pada 11 Oktober ini.
Tidak hanya itu, hadiah tersebut adalah bersempena pembabitan pertama Riena menerusi pementasan teater Andak Bertandak pada Ogos lalu.

Riena tidak menyangka menerima hadiah mahal pemberian Keith.






