PELAKON Riena Diana mendedahkan kekasihnya iaitu Keith Foo masih menerima tawaran berlakon di Indonesia biarpun kini memilih untuk menetap dan mengembangkan kerjaya di Malaysia.
Menurut Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 29, pada awalnya Keith hanya pulang ke Malaysia untuk menerima satu tawaran lakonan sebelum rezekinya terus hadir apabila mendapat tawaran lain yang tidak putus-putus.
“Sepatutnya dia balik sini untuk satu job saja tetapi selepas itu rezeki dapat lagi tawaran tak henti-hati. Katanya mungkin sudah tiba masanya berlakon di Malaysia pula.

Perkongsian Riena yang dimuat naik di Threads miliknya.






