BERPELUANG menjadi tetamu Allah SWT untuk menunaikan rukun Islam kelima adalah rezeki yang amat istimewa dan diimpikan setiap Muslim tanpa mengira status.
Bagi musim haji tahun 1447 Hijrah, beberapa selebriti tempatan turut menerima panggilan ke Tanah Suci Makkah sekali gus menjadikan tahun ini lebih bermakna dalam perjalanan hidup mereka.
Ada yang berangkat bersama pasangan tercinta, malah ada juga yang terpaksa menunaikan ibadah haji bersendirian.
Lisa pergi bersendirian tanpa suami di sisi.
Rezeki Tomok dan isteri tunai haji bersama.
Rayuan Ezad untuk menemani isteri diterima.
Wan Khatijah dan suami sempat memohon maaf sebelum berangkat.



