SEJAK berhijrah pada Oktober tahun lalu, penyanyi Umairah tidak menafikan berdepan pelbagai ujian terutamanya apabila masih ada pihak yang berkongsi foto lama ketika dia belum bertudung.
Kata Umairah atau Ummi Umairah Saiful Anuar, 15, ramai mengenalinya ketika dia masih belum bertudung menyebabkan perubahan itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui.
Kongsinya, dia tidak menafikan ada perasaan rindu terhadap penampilan lama, namun sentiasa mengingatkan diri agar kekal istiqamah dan tidak mengikut perasaan.

Umairah akui berdepan pelbagai ujian ketika berhijab.





