Hiburan

Rezeki jual nasi berlauk, Taiyuddin Bakar dapat tajaan tunai umrah

PELAKON Taiyuddin Bakar tidak menyangka rezekinya mencari nafkah dengan menjual nasi berlauk membawa kepada peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Taiyuddin, 43, merupakan antara lima insan bertuah terpilih menerima tajaan umrah menerusi Tabung Infak Umrah Surau Al-Barakah Menara Kembar Bank Rakyat dengan kerjasama Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (Ikhlas)

Lebih istimewa, berita gembira itu disampaikan menerusi satu eksperimen sosial yang pada awalnya dirancang kru produksi dengan berpura-pura mahu membeli barangan daripada Taiyuddin yang cukup dikenali dengan tagline popular ‘Apa Celop Toq’.

Taiyuddin menerima berita gembira melalui satu eksperimen sosial yang dilakukan penaja.

Taiyuddin menerima berita gembira melalui satu eksperimen sosial yang dilakukan penaja.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh