PENYANYI Iskandar Ismail muncul sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.
Iskandar, 47, menewaskan lima peserta lain menerusi persembahan lagu Madah Berhelah nyanyian asal penyanyi Ziana Zain.
Dalam ucapan kemenangan, Iskandar meluahkan rasa syukur dan terharu atas sokongan peminat serta kepercayaan yang diberikan oleh barisan juri sepanjang pertandingan berlangsung.








