PELAKON Wawa Zainal meluahkan rasa syukur apabila perniagaan anak keduanya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa berjaya mencatat jualan mencecah RM100,000 hanya dalam tempoh kurang sebulan.
Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 34, berkata pencapaian itu diraikan bersempena ulang tahun kelahiran Hayla yang ke-10 pada petang Ahad.
"Sebenarnya kami raikan hari jadi Hayla pada hari ini sebab jumlah keseluruhan jualan Sweet Layers by Hayla sudah capai RM100,000 dalam tempoh sebulan.

Hayla terima jambangan duit.






