PELAKON Elfira Loy meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Makkah bersama ibu tercapai.
Kata Elfira atau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30, perancangan untuk menunaikan haji bersama ibu itu sudah dibuat sejak beberapa tahun yang lalu.
Namun, niat berkenaan terbantut kerana mengenangkan anak-anaknya yang masih kecil.
Elfira bersyukur dapat mengerjakan Haji bersama-sama ibunya.