SELEPAS membuat kemunculan istimewa dalam program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), pelakon Amyza Aznan tidak menyangka anaknya, Adrian Adam, menerima tawaran untuk merakam lagu baharu.
Amyza, 50, berkata sebelum ini dia pernah berharap ada komposer yang sudi menghasilkan lagu untuk Adrian, namun tidak menyangka peluang itu hadir hanya kira-kira 30 minit selepas persembahan anaknya.
"Sebelum ini memang pernah terdetik dalam hati, kalaulah ada mana-mana komposer yang sudi menghasilkan lagu untuk Adrian.

Persembahan Adrian mendapat perhatian ramai.






