PELAKON dan pengacara Adriana Adnan menegaskan dia tidak pernah berniat menjatuhkan reputasi mana-mana peniaga pasar malam apabila berkongsi pandangan peribadi mengenai mutu makanan yang dibeli.
Bagi Adriana, 31, setiap komen yang dilemparkan adalah pandangan peribadi sebagai pembeli dan yakin setiap orang mempunyai cita rasa tersendiri.
“Saya tidak dibayar untuk buat review dan semua makanan itu saya beli sendiri. Jujur saya komen ikut tekak sendiri, jika ada yang tak kena saya akan beritahu.

Adriana berkongsi pandangan peribadi tentang makanan pilihannya.





