SANGGUP tahan rasa tidak selesa selama berbulan-bulan, pelakon dan pelawak Zizan Razak memilih untuk menyimpan misai demi memberikan kelainan menerusi wataknya dalam filem terbaharu, Terbang.
Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, 42, berkata penampilan bermisai itu merupakan sesuatu yang baharu sepanjang bergelar pelakon, malah dia sendiri berasa sedikit rimas sepanjang tempoh penggambaran.
"Memang untuk watak ini, saya tak pernah bawa watak ada misai. Ini pertama kali. Sepanjang menjalani penggambaran filem ini, saya rasa serabut dengan misai sebab saya tak pernah berbulu macam itu.

Zizan (kiri) bersama Jack Tan yang membawa watak sebagai mekanik.






