TAWARAN dengan dialog serta jalan cerita sama menjadi punca pelakon Remy Ishak sudah jarang muncul menerusi drama di televisyen.
Remy atau Mohammad Zalimie Ishak, 42, jika tetap menerima tawaran sedemikian dia tidak akan mampu melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas selain menjejaskan mutu lakonannya.
“Kalau saya masih menyampaikan dialog sama, saya jadi tak ikhlas. Bila berlakon dalam keadaan sebegitu, nak lontarkan dialog pun tiada feel. Tak sampai feelnya.

Remy (kiri) enggan melakonkan watak yang sama.






