KEMAJUAN yang ketara dalam industri perfileman tempatan sejak kebelakangan ini telah memberi nafas baharu kepada pelakon Datuk Remy Ishak.
Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 43, berkata dia teruja dengan peningkatan mutu karya yang dihasilkan oleh para pembikin filem tanah air.
Perkembangan ini bukan sahaja mencetuskan semangat dalam kalangan penggiat seni, malah dia turut yakin ia mampu membawa industri perfileman tempatan ke peringkat antarabangsa.

Remy seronok lihat kemajuanindustri perfileman tempatan.





