RUMAH tangga pasangan selebriti, Redza Rosli dan Bella Hanna diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung sejak 13 Januari lalu.
Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Bella di Instagram miliknya pada Jumaat.

Kehadiran cahaya mata merupakan satu rahmat besar buat Redza dan Bella.
Syukur dengan rezeki yang dikurniakan, Bella menyifatkan kehadiran anak lelaki itu merupakan satu rahmat terbesar dalam hubungan rumah tangga mereka.




