PELAKON dan penerbit veteran Rawi MS dilaporkan meninggal dunia kira-kira pada pukul 3.30 pagi ini di kediamannya di Kuala Lumpur.
Berita pemergian Papa Rawi atau nama sebenarnya Mohd Rawi Mohd Said disahkan oleh Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) iaitu Sandakiah Azez.
Menurut Sandakiah, sebelum menghembuskan nafas, Allahyarham dikatakan mengalami serangan semput namun sempat memanggil isterinya untuk menyapu ubat di bahagian tubuhnya.

Pihak PKAVM sahkan pemergian Allahyarham.




