BERGELAR ibu pada usia muda, penyanyi Syasya Rizal mengakui kehidupannya berubah dengan pantas.
Walaupun tidak mudah, Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, melihat setiap yang berlaku sebagai aturan rezeki terbaik buat dirinya.
“Iya, sebagai ibu pada usia muda, saya takut. Rasa takut itu sentiasa ada. Semuanya terasa begitu pantas. Daripada kehidupan glamor, kepada era seorang isteri, terus menjadi ibu… dan kini ibu dua orang anak.

Syasya bersyukur atas setiap perjalanan dalam hidupnya.






