PELAWAK Shahrol Shiro menyifatkan pengalaman mengendalikan kelas pertama, Kursus Citra Seni Komedi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai sesuatu yang luar biasa apabila berpeluang berkongsi ilmu bersama pelajar.
Shahrol atau Shahrol Azizie Azmi, 42, berkata dia teruja melihat semangat dan keterujaan pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran tersebut.
Kata Shahrol, kelas pertama itu dimulakan dengan pengenalan kepada asas komedi, termasuk bagaimana gelak tawa mampu memberikan manfaat kepada seseorang.







