Hiburan

Rap leleh jadi taruhan… Siti Nordiana, Apit Tearra tampil dengan Merayu Angan

SELEBRITI terkenal, Siti Nordiana tampil membawa kelainan apabila bergabung dengan penyanyi rap muda, Apit Tearra menerusi single terbaharu berjudul Merayu Angan.

Kerjasama itu turut mencatat sejarah peribadi buat Siti Nordiana atau mesra disapa Nana apabila buat kali pertama mencuba elemen rap dalam sesebuah karya.

Percubaan itu memperlihatkan sisi baharunya yang lebih segar dan kontemporari, namun masih mengekalkan kekuatan vokal dalam lagu jiwang yang menjadi identitinya.

Kolaborasi Siti Nordiana dan Apit Tearra dalam Merayu Angan membuktikan rap dan jiwang mampu bergerak seiring.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh