DRAMA bersiri popular Rampas Cintaku yang disiarkan di iQIYI menjadi fenomena dalam kalangan penonton sehingga musim pertamanya mencatatkan jumlah tontonan secara digital lebih daripada 100 juta di platform berkenaan.
Maka tidak hairan, musim keduanya menjadi buah mulut apatah lagi sedutan adegan intim lakonan Fasha Sandha dan Afieq Shazwan membuatkan penonton tak senang duduk.
Pelbagai reaksi ditunjukkan peminat drama berkenaan namun apa yang pasti musim kedua Rampas Cintaku menjanjikan jalan cerita lebih panas dan akan membuatkan penonton teruja menanti episod seterusnya.








