Hiburan

Ramli MS hampir tertipu, gelar Aliff Aziz penyanyi ‘leman’

JURI tetap All Stars Gegar Vaganza (ASGV) Datuk Ramli MS tidak menyangka Aliff Aziz mampu menyampaikan lagu Cek Mek Molek nyanyian asal Datuk M. Daud Kilau dengan begitu baik.

Ramli atau Ramli Mohd Salleh, 56, berkata, vokal Aliff ketika menyampaikan lagu berkenaan kedengaran natural dan tidak dibuat-buat sehingga menyebabkan dia menduduki tangga pertama bagi minggu kelapan program realiti itu.

“Saya memang terperanjat dengan Aliff… Saya dengar nyanyian dia ketika sesi raptai, saya hampir tertipu! Saya tak sangka benda itu sebab suara yang keluar daripada mulutnya memang natural.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh