PENYANYI Datin Alyah melihat suaminya iaitu pengarah muzik tersohor Datuk Ramli MS sebagai seorang yang amat teliti dan cerewet apabila menyentuh soal makanan.
Menurut Alyah atau Noor Hasliah Abu Hasan, 44, suaminya bukan sahaja mempunyai citarasa tinggi, malah Ramli turut melakukan kajian setiap kali dia memasak di dapur.
"Dia memang sangat cerewet bab makanan. Tambah pula dia pandai memasak. Dalam masa sama, dia suka buat kajian pula masa masak tu," katanya kepada mStar.

Ramli sangat cerewet bila soal makanan.






