PELAKON dan usahawan, Dazrin Kamarudin mengakui dua perkara yang sering menjadi identitinya sejak dahulu adalah rambut panjang serta suara yang mudah dikenali ramai.
Menurut Dazrin, 38, ramai yang mengenalinya bukan semata-mata kerana personaliti, sebaliknya dua elemen tersebut membuatkan kehadirannya mudah disedari.
"Orang kenal saya sebab dua benda iaitu suara dan rambut. Suara ini pula entah macam mana boleh jadi sinonim dengan saya. Bila orang dengar, mereka terus kata, ‘Eh, Dazrin ada dekat sini’," katanya kepada mStar.

Dazrin tidak pernah melakukan perawatan rambut.






