BAKAT luar biasa Aisha Retno sebagai penyanyi memang tidak dapat disangkal malah cukup berbakat sebagai komposer dan pemuzik.
Namun rupa-rupanya suara merdu Aisha diwarisi daripada ibunya yang juga merupakan seorang penyanyi terkenal Indonesia era 80-an iaitu Jean Retno Aryani.
Rata-rata netizen turut terpukau dengan kelunakan suara Jean, 58, saat dia menyanyi bersama anak perempuannya itu menerusi lagu Keliru nyanyian asal Ruth Sahanaya.

Paduan suara Aisha dan Jean (kiri) memukau perhatian netizen.






