PELAKON Datin Fadilah Mansor memberitahu ada pihak cuba mendekati dengan tujuan menjadikan dia sebagai isteri selepas lima tahun pemergian Allahyarham suami iaitu Datuk A. Rahman Hassan.
Fadilah, 65, bagaimanapun memberitahu dia tidak pernah mencari pengganti suami walaupun anak-anak tidak menghalang jika dia terbuka hati berkahwin lagi.
“Kalau cakap fasal pengganti ada yang ‘datang’ tapi saya serah semuanya pada Allah. Saya tidak juga mencari.