PANDANGAN dan nasihat pelakon Sharnaaz Ahmad kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum ini menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen.
Tidak melatah dengan kecaman dilemparkan terhadapnya, Sharnaaz, 39, sebaliknya menganggap hanya mereka yang memahami maksud sebenar tidak akan melenting dengan pandangan diutarakan.
Walaupun ramai tidak bersetuju namun Sharnaaz memberitahu mereka sedar apa diperkatakan adalah benar.
Sharnaaz membalas kecaman seorang pengguna di aplikasi X.