PELAKON Siti Khadijah menganggap isu segelintir pelakon yang enggan bergandingan atau bekerjasama dengannya adalah asam garam dalam dunia seni yang tidak perlu diperbesarkan.
Siti atau nama sebenarnya Siti Khadijah Abdul Halim, 29, menegaskan dia tidak merasa dirinya dipulaukan oleh rakan industri.
Sebaliknya, bagi Siti ia berkemungkinan disebabkan raut wajahnya yang tampak serius membuatkan orang lain berasa segan untuk mendekati.







