PENYANYI Iman Darwisy menyifatkan pelancaran single terbaharunya berjudul Kehilangan sebagai satu pencapaian manis dalam perjalanan seninya.
Iman atau Muhammad Nur’Iman Darwisy Mohd Noorazreen, 15, berkata lagu solo kedua itu menjadi detik bermakna yang membakar semangatnya untuk terus melangkah dalam industri muzik tanah air.
"Alhamdulillah, ini single kedua saya. Rasa sangat bersyukur sebab pada usia 15 tahun sudah ada dua single sendiri.

Iman meluahkan rasa bangga dapat menghasilkan dua single lagu di usia muda.






