PELAKON Raja Ilya selamat melahirkan cahaya mata keduanya di Hospital King Edward, Australia pada awal pagi Selasa.
Bersyukur urusan itu dipermudahkan, Ilya memaklumkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan.
“Syukur semuanya selamat. Sekarang masih mamai sebab ubat tahan sakit,” kataya kepada mStar.
Keluarga Ilya bertambah seorang lagi dengan kehadiran cahaya mata lelaki.