PENGARAH filem Rain Town Tunku Mona Riza merayu agar karya terbaharunya itu diberi peluang untuk terus ditayangkan dalam tempoh seminggu akan datang meskipun ia kurang mendapat sambutan sejak ditayangkan pada 8 Februari lalu.
Mona berkata, dia juga sudah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berhubung perkara itu selepas dimaklumkan pengurusan pawagam mahu menarik semula tayangan filem berkenaan.
“Saya dapat tahu memang jualan tiket agak rendah, tetapi tidak adil sekiranya ia terus ditarik semula sedangkan filem ini baru ditayangkan.

Moha panik apabila filemnya tidak mendapat sambutan.






