LAMA tidak tampil membuat persembahan dalam acara besar atau program televisyen, penyanyi Rahmat Ekamatra memberitahu dia sebenarnya masih lagi aktif dalam duani seni.
Bukan sekadar dijemput menyanyi dalam majlis makan malam, Rahmat atau Engku Rahmat Engku Ismail, 57, juga banyak terlibat dengan kerja di belakang tabir.
Malah dia sendiri masih lagi menghasilkan lagu-lagu baharu untuk penyanyi muda selain sibuk dengan syarikat produksi yang beroperasi di Kota Tinggi, Johor.

Rahmat mahu karyanya terus dikenali.






