PENYAMPAI radio, Radin mengakui berat badannya meningkat mendadak selepas mendirikan rumah tangga dengan Nur Amirah Shamsulbahrin pada Mei lalu.
Radin atau Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 36, berkata, antara punca berat badannya bertambah adalah kerana sering menikmati masakan air tangan isteri yang gemar memasak sebagai tanda kasih sayang.
“Isteri saya punya ‘love language‘ dia memang suka memasak. Saya paling suka dia masak maggie goreng dan ikan rebus dengan air asam.






