INDUSTRI muzik nasyid dan kerohanian di Malaysia semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, namun masih berdepan cabaran terutama daripada segi penajaan program.
Perkara itu dikongsikan oleh anggota kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz yang mengakui kesukaran mendapatkan tajaan menjadi antara faktor program berunsur kerohanian sedemikian masih belum mencapai tahap ‘semeriah’ seperti di negara jiran, Indonesia.
"Selalu yang kami dengar, banyak organisasi nak buat program nasyid atau Islamik ni susah nak dapat sponsor. Sebenarnya ikut kesedaran masing-masing.
Rabbani sedia hiburan peminat nasyid.

Sesi sidang media Konsert Malam Qalbu.
Rabbani bersama penganjur konsert Malam Qalbu.



