PELAKON Que Haidar mencuri perhatian ramai apabila menghadiahkan sejambak bunga mawar kepada aktres Fazura dalam satu pertemuan yang dirakam dan dikongsikan di media sosial.
Momen manis itu difahamkan berlaku ketika kedua-duanya bertemu bagi menjayakan sebuah acara berkaitan jenama pakaian yang diwakili mereka.
Kata Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, dia berterima kasih kepada Fazura kerana sudi untuk menemaninya ke bazar Ramadan.







