PELAKON Que Haidar tampil menjelaskan hubungannya dengan aktres popular, Nur Fazura selepas gelagat mereka berbalas komen di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.
Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 47, berkata, hubungan mereka sebenarnya tidak lebih daripada persahabatan lama yang terjalin sejak awal pembabitan dalam industri seni.
Menurutnya, mereka mula mengenali antara satu sama lain ketika sama-sama membina nama dalam dunia lakonan.

Aksi mesra Fazura dan Que sebelum ini jadi perhatian.





