Hiburan

Qilo, Aliff Kimiey kecundang di separuh akhir Big Stage X Rocketfuel

HASRAT Qilo dan Aliff Kimiey untuk beraksi di pentas akhir Big Stage X Rocketfuel (BSR) tidak kesampaian apabila diumumkan tersingkir di konsert separuh akhir, malam Ahad.

Qilo memperoleh markah tercorot menerusi persembahan lagu Joget Kenangan Manis nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, manakala Aliff Kimiey menduduki tempat kedua tercorot dengan markah 77 peratus pada konsert yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Mengulas persembahan Qilo, juri tetap, Aisha Retno, berkata peserta berkenaan menunjukkan keberanian menerusi pertukaran genre, namun perlu lebih berhati-hati ketika menyanyi sambil menari.

Qilo (kiri) dan Aliff (kanan) gagal tambat hati juri.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh