Hiburan

Qi Razali tak sangka menang Pelakon Lelaki Terbaik, kejayaan tutup mulut pengecam

MEMULAKAN karier sebagai pemuzik, pelakon dan pengacara, Qi Razali tidak menyangka namanya diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) menerusi filem Babah pada malam Sabtu.

Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali, 48, berkata kemenangan tersebut bukan sahaja satu penghargaan besar dalam perjalanan seninya, malah diharap dapat membuka mata ramai pengarah untuk memberi peluang kepada anak seni sepertinya menonjolkan bakat.

"Dengan kemenangan ini, saya harap selepas ini lebih ramai pengarah membuka mata terhadap bakat-bakat di sekeliling. Mungkin ada pelakon yang tidak ada filem box office, tapi mereka memiliki seni dan bakat tersendiri.

Qi sebak diumumkan pemenang Pelakon Lelaki Terbaik FFM34.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh