LAKONAN mantap dalam filem Babah membawa tuah kepada pelakon Qi Razali dan Sweet Qismina apabila masing-masing diumumkan sebagai pemenang Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung pada malam Sabtu.
Terkejut dengan kemenangan itu, Qi Razali atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali, 48, dalam ucapannya berkata, dia tidak menyangka rezeki berpihak kepadanya selepas hampir tiga dekad bergiat dalam dunia lakonan.
“Syukur Alhamdulillah. Kemenangan ini untuk bapa-bapa di luar sana. Anda insan yang hebat.

Sweet sebak selepas diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik FFM34.





