PELAKON Alif Hadi mendedahkan fasa kegagalan hubungan cinta menjadi antara faktor kepada perubahan fizikalnya yang kini kelihatan semakin kurus.
Kata Alif, 38, bukan disebabkan terlalu melayan perasaan. Sebaliknya dia mengisi masa lapang dengan beberapa aktiviti ekstrem bagi mengalihkan perhatiannya.
“Ya, saya boleh katakan benda itu (putus cinta) juga menjadi faktor. Jadi, saya tidak mahu fikir tentang itu, saya buatlah aktiviti-aktiviti yang tidak masuk akal.

Aktiviti larian penyebab Alif turun berat badan.






