Hiburan

Puteri Sarah menang saman fitnah, bekas pekerja diarah bayar RM150,000

MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur hari ini mengarahkan bekas pekerja kepada pelakon Puteri Sarah Liyana iaitu Nazatul Nazira Zainol Abidin membayar ganti rugi RM150,000 kepada pelakon itu berhubung hantaran fitnah dalam platform ‘stories’ di Instagram dan WhatsApp pada tahun lalu.

Mahkamah mendapati Puteri Sarah telah berjaya membuktikan tuntutan fitnah dibuat Nazatul sehinggamencemarkan reputasinya sebagai selebriti, usahawan dan ibu tunggal.

Selain ganti rugi, Nazatul juga diperintahkan untuk membayar kos perbicaraan sebanyak RM30,000 kepada Puteri Sarah selain faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh.

Nazatul (kanan) diperintah bayar ganti rugi.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh