SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, umum mengetahui kehidupan peribadi pelakon Puteri Sarah Liyana dilanda pelbagai kontroversi.
Sudah melepasi fasa ‘ribut’ dalam kehidupannya, Sarah, 40, memberitahu tiba masanya dia mengutamakan ketenangan hidup dan tidak lagi terperangkap dalam perkara yang tidak membawa sebarang kebaikan.
Kata Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 40, mengungkapkan hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan perasaan sakit hati dan gosip yang tiada kesudahan.

Sarah mahu jalani hidup aman damai bersama kedua-dua anaknya.





