PELAKON Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia kerap diganggu seorang wanita dikenali sebagai Mastura di media sosial miliknya.
Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia menyedari kemunculan wanita misteri itu sejak Ogos lalu apabila dia kerap meninggalkan komen kurang senang terhadap dirinya.
“Ya, dekat saya punya Instagram, dekat setiap saya punya perkongsian mesti ada. Akaun palsu nama dia Mastura. Dalam perkongsian terbaharu saya pun ada.







