SELEPAS setahun menimang cahaya mata sulung, penyanyi Puteri Khareeza mengakui bukan mudah untuk kembali aktif dalam bidang seni apabila perlu membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.
Puteri Khareeza, 28, berkata, dia pada awalnya merancang untuk kembali bekerja lebih awal selepas melahirkan anak, namun terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum dapat kembali memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonan dan nyanyian.
"Apabila dia semakin membesar, memang dia nak mak dia dan agak melekat. Jadi, kita cubalah perlahan-lahan.

Puteri Khareeza kembali aktif selepas setahun berehat.






