TIADA angin tiada ribut, pelakon Puteri Balqis tampil menyeru nama aktres Mia Sara Nasuha menerusi satu hantaran panjang di Instagram miliknya pada Rabu.
Dalam perkongsian tersebut, Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish, 19, mendakwa Mia pernah memburukkan dirinya serta ibunya di hadapan orang ramai.
Menurut Puteri Balqis, tindakan Mia yang menangis ketika berdepan media sebelum ini disifatkan sebagai cubaan meraih simpati selain menutup sisi buruk dirinya.

Aqish menulis luahan di Instagram.






