PELAKON Puteri Balqis menyambut baik tindakan produksi Global Station yang mengambil serius dakwaan gangguan dibangkitkannya sebelum ini.
Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish, 19, berkata pihak produksi sudah memaklumkan kepadanya bahawa siasatan akan dijalankan berdasarkan keterangan saksi yang terlibat.
Malah, dia turut memohon maaf atas penggunaan bahasa kasar ketika meluahkan emosinya sebelum ini dan mengakui bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakannya itu.

Aqish harap isu ini dapat diselesaikan segera.






