PENERBIT dan pengarah Puan Sri Tiara Jacquelina mendedahkan dia pernah berikrar pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) pada 2009 adalah penampilan terakhirnya yang menoktahkan karya agung berkenaan.
Bagaimanapun, selepas 18 tahun dihujani pertanyaan peminat dan dipujuk rakan penerbit, naskhah teater muzikal tersohor itu kembali ke pentas.
Kali ini pementasan itu berlangsung di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC), Sunway Square bermula Sabtu sehingga 15 November depan.

Tiara bangga dengan barisan pelakon yang dipilihnya.






