SEJAK bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata, pelakon Che Puan Juliana Evans tidak pernah terfikir meninggalkan bidang seni.
Sebaliknya Juliana Sophie Johari Evans, 35, berpendapat, setiap wanita perlu mempunyai kerjaya atau hobi bagi mengelak daripada mengalami masalah berkaitan mental.
“Saya tidak pernah meninggalkan dunia lakonan kerana itu adalah minat saya malah merindui set penggambaran dan kawan-kawan.







