PELAKON Firdaus Karim menyifatkan penglibatannya dalam drama Doa Yang Terlindung sebagai satu pengalaman berharga yang hadir bersama tanggungjawab besar.
Firdaus, 44, berkata peluang yang diberikan kepadanya merupakan satu kepercayaan daripada pihak produksi yang berani mengambil risiko dengan memberi ruang kepada bakat baharu dalam karya berkenaan.
"Ini kali pertama saya terlibat dalam dunia drama TV perdana. Saya menggalas tanggungjawab untuk membantu menjayakan naskhah bersama para pemain yang berpengalaman dalam drama perdana.

Watak Ustaz Irfan berjaya mencuri perhatian ramai.






